Pada 25, 26 dan 27 Januari 2018 telah diadakan Program Motivasi Sahsiah dan Jati Diri untuk para pelajar pra-diploma UTHM tahun 2018 seramai 123 pelajar. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam di Masjid Sultan Ibrahim (MSI). Program ini dijalankan adalah untuk membina jati diri dalam kalangan setiap pelajar tidak kira dari segi agama dan bangsa.

Pada hari pertama, para pelajar mendaftarkan diri untuk mengikuti program tersebut. Pada malam hari, aktiviti yang dijalankan adalah pembahagian kumpulan dan mereka dikehendaki mencipta logo, mencipta lagu dan ‘tag line’ untuk kumpulan masing-masing. Sebanyak 12 kumpulan telah dibahagikan.

Pada hari kedua, disebelah pagi diadakan aktiviti qiamulail dan sedikit tazkirah pagi untuk para pelajar. Selepas sarapan pagi, aktiviti ‘treasure hunt’ dijalankan untuk menguji tahap kepekaan dalam membaca arahan yang diberikan. Disebelah petang, aktiviti kembara dijalankan. Terdapat sebanyak 5 ‘checkpoint’ yang perlu para pelajar lalui. Dalam aktiviti ini, kerjasama dalam kumpulan sangat diperlukan. Seterusnya, slot “oh ibu” dijalankan sebagai pengajaran untuk para pelajar.

Pada hari terakhir program, slot ceramah dijalankan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran para pelajar. Setelah selesai pembahagian cenderamata, para pelajar beransur pulang ke kolej.

Konklusinya, program ini dapat mengenali antara satu sama lain dan memupuk semangat kerjasama antara pelajar.