Artikel & Berita

Apakah yang dimaksudkan dgn OCD? Adakah anda mempunyai simptom-simptom OCD? Obsessive-compulsive disorder (OCD) ialah sejenis penyakit kecelaruan mental, yang timbul disebabkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menghasilkan kebimbangan. Kebimbangan itu kemudiannya menuntut tindak balas yang berulang-ulang dengan tujuan untuk mengurangkannya. Atau dengan kata lain, penyakit ini adalah gabungan pemikiran ketaksuban (English-obsession) dalam perlakuan, dan sikap ke atasnya (English-compulsion) yang berulang-ulang. Penderita OCD mungkin berupaya untuk mengabaikan pemikiran atau obsesinya, akan tetapi dengan begitu mereka malah merasa semakin tertekan dan cemas. Akhirnya, mereka menyerah pada perasaan tersebut dan terdorong untuk melakukan tindakan tertentu. Proses ini kemudian terjadi secara berulang kali. Meskipun ada upaya untuk mengabaikan atau menghentikan rasa takut yang tidak masuk akal, pemikiran akan kekotoran dan kebimbangan terkena kuman tetap bermain di fikiran. Pemikiran tersebut tidak akan hilang sampai Anda mencuci tangan, tapi tidak lama kemudian pemikiran itu kembali lagi. Ketaksuban pemikiran dalam OCD boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian: a) Was-was. b) Kebersihan. c) Kewaspadaan (melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan-slowness). Antara contoh perilaku disebabkan OCD: a)Berkali-kali memastikan apakah pintu sudah ditutup atau dikunci. b)Mengatur benda-benda agar menghadap ke arah yang sama. c)Merasa sangat tertekan ketika benda-benda disusun tidak berurutan. d)Tidak mahu berjabat tangan dan berulang kali mencuci tangan kerana bimbang terkena kuman. e)Menghitung sesuatu dalam pola tertentu. Kebiasaannya penghidap juga akan menghadapi simptom-simptom seperti kemurungan, sedih, kurang selesa, cepat letih, penurunan berat badan, cepat marah dan tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan. Simptom OCD akan menjadi lebih teruk jika penghidapnya menghadapi masalah dalam kehidupan seharian. Bagaimanapun, sekiranya masalah yang dihadapi berjaya diatasi dengan baik, simptom-simptom ini akan berkurangan.

PENGHIDAP OCD AKAN BERASA TIDAK SENANG DENGAN GAMBAR-GAMBAR INI