Artikel & Berita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca perkongsian saya ini. Terlebih dahulu, Alhamdulillah syukur kerana saya diterima untuk menjalani latihan praktikal di K-Utech Edu Sdn Bhd. Nama saya ialah Nor Farhana dan merupakan pelajar dari UITM Johor Kampus Segamat.Bidang pengajian yang saya ambil ialah Diploma Sains Komputer(CS110).Saya menjalani latihan praktikal di sini selama dua bulan. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang menjalani latihan praktikal di sini. Terdapat pelbagai perkara baharu yang saya pelajari di sini dan pastinya saya sangat teruja kerana dapat merasai pengalaman bekerja. Saya dapat belajar bagaimana untuk bekerjasama dengan kakitangan lain yang lebih berusia daripada saya. Selain itu, di samping dapat mempraktikkan apa yangdipelajari di kelas,saya dapat mempelajari cara komunikasi dan berinteraksi dengan orang ramai melalui program-program yang dijalankan oleh pihak KESB. Di sini, saya lebih banyak terlibat pada kerja-kerja mengedit dan menghasilkan video, membuat dan mengedit gambar serta artikel untuk tujuan promosi program-program yang dijalankan oleh pihak KESB. Saya dapat memahirkan lagi diri dalam menggunakan aplikasi untuk mengedit gambar dan video. Selain itu, saya juga terlibat dalam mengemaskini laman rasmi syarikat menggunakan aplikasi WordPress dan ini merupakan pertama kalinya saya menggunakan aplikasi tersebut. Secara keseluruhannya, latihan industri yang saya jalani ini merupakan satu pengalaman berharga saya dalam merasai pengalaman bekerja dan mempersiapkan diri saya yang akan memasuki alam pekerjaan di masa akan datang. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan KESB yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan serta melayan saya dengan baik sepanjang saya praktikal di sini. Semoga kita bertemu lagi di lain waktu.